Sep 15, 2011

ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Walaupun kesan buruk merokok telah di ketahui ramai namun,bilangan perokok di seluruh dunia tidak melihatkan banyak penurunan...rakyat negara maju dicatatkan semakin kurang merokok dan perokok di negara membangun pula semakin meningkat...
*Amerika syarikat menurun 50%...bilangan perokok pada 1965 (42%) dan menurun menjadi (20.8)pada tahun 2006

Dianggarkan 1.1 billion perokok seluruh dunia mengisap 5.5 trilion batang rokok yang dihasilkan setiap tahun...

Asia tenggara mancatatkan 44%lelaki dan 14% wanita yang merokok....
*Rakyat China pula penghisap rokok yang terbenyak iaitu 1.64 trilion batang rokok berbanding Amerika Syarikat yang hanya 451 billion batang rokok setahun.

Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?

Merokok boleh dalam bentuk berikut :

  • Rokok
  • Cerut
  • Tembakau paip
  • Seesha

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata -
Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut -
Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
-
Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
-
Gigi menjadi kuning

Hidung -
Mengurangkan deria bau

Kulit -
Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru -
Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?

  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk

No comments:

Post a Comment