Sep 14, 2011

Kempen Tak Nak.

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Jika anda ingin berhenti merokok, anda boleh hubungi :

No comments:

Post a Comment