Aug 17, 2011

Sajak Anti Dadah

Indahnya

Malaysia,
Negaraku yang merdeka
Negaraku yang aman,
Negaraku yang makmur,
Negaraku yang maju.

Tapi,

Negara ini akan lebih merdeka
Jika tiada penagih dadah,
Musuh yang lesu,
Menyerang dalam senyap,
Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan,
Kemerdekaan yang telah lama dirasakan.

Negara ini akan lebih aman
Jika lenyap dadah dari pengedaran,
Ketua perancang segala kemusnahan,
Kepala bala kehancuran,
Yang meruyupkan keamanan,

Negara akan lebih makmur,
Jika hilang penyeludupan,
Punca keretakkan perpaduan,
Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan,
Punca berkuburnya kemakmuran,

Negara ini akan lebih maju,
Jika tiada estacy, kokain, shabu,
Morfin, heroin,
Lenyapnya penagih,
Hilangnya pengedaran,
Hapusnya penyeludupan,

Oleh itu,

Bangkitlah semua warga,
Indahkan lagi kemerdekaan ini,
Penuhkan erti keamanan ini,
Cukupkan kemanisan kemakmuran ini,
Sempurnakan isi kemajuan ini,
Demi negara yang bernama Malaysia.

4 comments:

  1. menarik. penuh pengertian dan tujuan. :)

    ReplyDelete
  2. ainin sofea dgn nur syazwani skolah apa..?
    convent kaa?

    ReplyDelete
  3. Boleh tidak jika saya gunakan sajak ini untuk persembahan sempena minggu antidadah?

    ReplyDelete