Sep 14, 2011

Kata alu - aluan guru besar.


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada guru - guru dan murid - murid kerana berjaya menjayakan bilik PPDA dari tahun 2009 lagi. Tambahan lagi kerana dapat menyempurnakan dan mengadakan bahan - bahan untuk pameran bilik Dadah. Dengan mengadakan bilik Dadah, saya yakin murid - murid akan dapat mengetahui bahayanya dadah. Saya berharap agar murid - murid SK Pakatan Jaya menjadi insan yang sempurna dan berjaya. Bilik dadah akan menjadi sumber rujukan murid - murid untuk mencari maklumat tentang dadah. Saya juga amat berharap agar sekolah ini akan berjaya ke peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Bilik PPDA. Sekian, terima kasih.

Pameran Meja Kiub






Tabiat merokok adalah satu penagihan.

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia: Fakta sepintas lalu

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Kempen Tak Nak.

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Jika anda ingin berhenti merokok, anda boleh hubungi :

Kempen Cara Hidup Sihat 1991

Kempen cara Hidup Sihat telah dilancarakan oleh Y.B menteri Kesihatan Y.B Dato' Lee Kim Sai pada 25 Mei 1991. Bermulalah satu era baru dalam pelaksanaan program pendidikan kesihatan di Malaysia. Tema Kempen Cara Hidup Sihat 1991 "Cintailah JANTUNG Anda". Fokus utama diberikan kepada aspek- aspek penggalakkan senaman, pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengikut keperluan, memberhentikan tabiat seperti merokok serta aspek tekanan emosi. Penyakit kardiovaskular merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan.

Pada dasarnya penyakit kardiovaskular berhubungkait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada pembuluh darah nadi.

Di antara faktor risiko yang berkaitan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti:

  • Merokok
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pemakanan yang tidak baik / berat badan berlebihan
  • Kurang aktif / tidak bersenam secara berkala
  • Tekanan

Berdasarkan kepada faktor-faktor risiko ini, maka adalah disarankan cara yang terbaik bagi mencegah penyakit ini ialah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti berikut;

  • Jangan merokok jika belum pernah merokok dan berhenti jika telah merokok.
  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan.
  • Capai dan kekalkan berat badan yang unggul melalui kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif.
  • Bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan boleh mengelakkan tekanan

Sep 5, 2011

Pelancaran Program PPDA 2010 Peringkat SKPJ












Murid kelas 4 Tera 2010 menyanyi lagu Dadah Durjana
dengan bersemangat semasa hari pelancaran Program PPDA.




Guru Besar SKPJ memberi ucapan tentang Program PPDA