Aug 23, 2011

Apa Itu Dadah?

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah Dan Anda
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Aug 17, 2011

LAKARAN STRUKTUR REKALETAK BILIK PPDa






VIDEO HUKUMAN SEBAT & PENAGIHAN DADAH.



BILIK PPDa SEBELUM MEMULAKAN OPERASI.








































Sajak Anti Dadah

Indahnya

Malaysia,
Negaraku yang merdeka
Negaraku yang aman,
Negaraku yang makmur,
Negaraku yang maju.

Tapi,

Negara ini akan lebih merdeka
Jika tiada penagih dadah,
Musuh yang lesu,
Menyerang dalam senyap,
Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan,
Kemerdekaan yang telah lama dirasakan.

Negara ini akan lebih aman
Jika lenyap dadah dari pengedaran,
Ketua perancang segala kemusnahan,
Kepala bala kehancuran,
Yang meruyupkan keamanan,

Negara akan lebih makmur,
Jika hilang penyeludupan,
Punca keretakkan perpaduan,
Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan,
Punca berkuburnya kemakmuran,

Negara ini akan lebih maju,
Jika tiada estacy, kokain, shabu,
Morfin, heroin,
Lenyapnya penagih,
Hilangnya pengedaran,
Hapusnya penyeludupan,

Oleh itu,

Bangkitlah semua warga,
Indahkan lagi kemerdekaan ini,
Penuhkan erti keamanan ini,
Cukupkan kemanisan kemakmuran ini,
Sempurnakan isi kemajuan ini,
Demi negara yang bernama Malaysia.

Dadah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis: