Apr 3, 2012

Mengenali Penagih Dadah

Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:

circ6.gif (239 bytes) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

circ6.gif (239 bytes) Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

circ6.gif (239 bytes) Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

circ6.gif (239 bytes) Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.

circ6.gif (239 bytes) Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.

circ6.gif (239 bytes) Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki.

circ6.gif (239 bytes) Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Anak mata menjadi kuyu.

circ6.gif (239 bytes) Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah.

circ6.gif (239 bytes) Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,

circ6.gif (239 bytes) Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

circ6.gif (239 bytes) Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.

circ6.gif (239 bytes) Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kawan.

circ6.gif (239 bytes) Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk mengambil dadah )

Sajak "Dadah Durjana"

Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia

Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..

Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..

Sep 19, 2011

Remaja lebih berisiko terjebak dadah

Kajian oleh NIDA menunjukkan bahawa remaja adalah lebih berisiko untuk terlibat dengan gejala penagihan dadah jika tingkahlaku yang menjurus kepada tabiat penagihan tidak dibendung sejak dari awal.


Ini adalah kerana pada usia remaja, otak masih melalui tahap perkembangan yang pesat dan bahagian prefrontal cortex (kawasan yang berfungsi untuk membuat pertimbangan, rasional dan membuat keputusan) masih belum berkembang sepenuhnya (ia merupakan kawasan yang terakhir untuk berkembang sempurna). Oleh itu, remaja sangat terdedah untuk melakukan perkara / aktiviti berisiko dan sering bereksperimentasi dengan perkara baru.
(sumber : Drug Abuse is a Preventable Behaviour, A Research Update from the National Institute on Drug Abuse (NIDA), March 2007)

sumber : http://fikrismartezian.blogspot.com/2011/05/remaja-dan-masa-depan-bangsa.html

Remaja mengalami perubahan yang ketara dari sudut biologi, psikologi dan sosial. Perubahan-perubahan biologi seperti peningkatan hormon boleh mendorong remaja untuk mencuba dan berekperimentasi perkara baru. Oleh itu, pencegahan penagihan dadah harus dimulakan awal iaitu diperingkat remaja.
(sumber: Dr Azlinda Azman, USM. Kursus Orientasi Kerja Sosial Kepada Pegawai Antidadah, 27 Julai 2011, AADK Putrajaya)


Kajian-kajian membuktikan bahawa terdapat faktor risiko yang menyebabkan seseorang remaja boleh terlibat dengan penagihan dadah,juvenile deliquency dan gejala sosial yang lain. Kesemua faktor ini berkisar di dalam setting keluarga, rakan sebaya, sekolah dan komuniti serta dalam diri mereka sendiri. Semakin tinggi tinggi faktor risiko wujud dalam setting tersebut, semakin tinggi kemungkinan mereka terlibat dalan masalah dadah dan gejala sosial.


Faktor risiko individu adalah seperti berikut;
1. sejarah keluarga yang terlibat dengan dadah atau alkohol
2. hubungan dan institusi kekeluargaan yan lemah
3. tingkahlaku antisosial seperti agresif & tidak suka bergaul
4. kegagalan dalam pelajaran
5. ponteng sekolah
6. tingkahlaku memberontak / tidak mahu mendengar kata
7. bercampur dengan rakan yang mengguna dadah
8. pernah mengguna dadah pertama kali
9. sikap menyukai dadah atau bahan menghayalkan

zaman remaja sangat indah
sumber: http://www.inexcess.tv/?p=8569&paged=3

Manakala bagi faktor risiko yang disebabkan oleh persekitaran adalah seperti berikut;
1. ketinggalan dari pembangunan dan kemudahan ekonomi serta sosial
2. komuniti yang tiada semangat kejiranan
3. komuniti yang tidak kisah serta membenarkan budaya penagihan dadah dan bahan menghayalkan
4. bekalan dadah dan bahan mudah didapati
(sumber: Hawkins, Catalano and associates, 1992, Communities That Care- Action for Drug abuse Prevention, Jossey-Bass Publishers, San Francisco, ms 8-9)